Friday, January 24, 2014

Rindu Di Awan Biru



Tajuk : Rindu Di Awan Biru
Penulis : Meen Zulaikha
Harga : RM19.90
ISBN : 978-983-124-625-2
Mukasurat : 528

Sinopsis
JANGANKAN berkahwin, bercinta pun Hanan tidak ingin. Menjadi seorang isteri tiada di dalam kamus hidupnya. Pengalaman pahit ibunya dimadukan membuatkan dia jadi fobia. Baginya, lelaki hanya tahu berpoligami, tapi tidak tahu menjadi suami.

Pertemuan tanpa disangka di awan biru dengan Kapten Akmal Hakim sewaktu ke Melbourne mengubah persepsinya terhadap lelaki. Bernikah di Masjid Biru dan berbulan madu di Istanbul bagaikan suatu mimpi bagi gadis berkulit mulus itu. Semuanya berlaku tanpa dirancang. Tapi takdir menentukan dia bukan setakat menjadi seorang isteri, bahkan tanpa rela turut terbabit sama ke dalam kancah poligami.

Akibat difitnah, Hanan diceraikan dengan talak tiga. Dalam pilu, dia diburu rindu. Dalam duka, dia mengharapkan bahagia. Sanggupkah dia Œbercina buta¹ untuk kembali ke pangkuan Akmal, sedangkan kehadiran Ridz mula membawa cahaya di dalam hidupnya? 

Adam & Hawa



Tajuk : Adam & Hawa
Penulis : Aisya Sofea
Harga : RM19.90
ISBN : 983-124-216-5
Mukasurat : 512

Sinopsis
AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.

Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.

Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu.

Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi... 

Setia Hujung Nyawa


Tajuk : Setia Hujung Nyawa
Penulis : Fatin Nabila
Harga : RM19.90
ISBN : 978-983-124-699-3
Mukasurat : 480

Sinopsis
Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.

Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung.

Wednesday, January 22, 2014

Raungan Mantera



Tajuk : Raungan Mantera
Penulis : Serunai Faqir
Harga : RM15.00
ISBN : 978-983-124-719-8
Mukasurat : 352

Sinopsis
Kitab itu sudah jatuh ke tangan Namtar! Jin itu kini sangat angkuh dengan kuasa daripada ilmu kitab tersebut. Kerana kuasa kitab itu... makhluk dari alam jin mahu merampasnya daripada Namtar. Marcel dikerah mendapatkan kitab itu. Jika tidak, maut menantinya. Kerana kuasa kitab itu juga... Pakku mahu hak diambil semula sebelum jin menggoncang dunia manusia. Lalu dia mengaturkan hala. Tunku, Nik, Hizal, Suraya, Tengku Fauzi, Meor dan Syed disatukan. Mereka bertujuh bergabung. Istana Namtar harus ditempur, demi kitab warisan Laksamana Amar Diraja. Kala mantera alam ghaib ditentang mantera alam nyata, raungan yang kedengaran amat mengerikan. Dan nyawa... nilainya sudah tidak bermakna.

Alaf 21



CLICK PIC FOR MORE DETAIL :


 setia hujung nyawa

 Adam & Hawa

 Rindu Di Awan Biru