Pihak Scha Damieya Rose Book menggunakan beberapa jenis kaedah penghantaran buku seperti :
a. Pos Laju
b. Parcel Pos Malaysia
Kedua-dua kaedah di atas adalah bergantung kepada lokasi dan pilihan pembeli. Penghantaran menggunakan Pos Laju dan Parcel Pos Malaysia digunakan di Malaysia dan seluruh negara yang mempunyai litupan Pos Malaysia.
Berkuatkuasa bulan September 2011, pihak Scha Damieya Rose Book telah menambahbaik kaedah penghantaran buku daripada menggunakan Pos Express sepenuhnya kepada Parcel Pos Malaysia dan juga Pos Laju. Ini adalah kerana pihak Pos Malaysia semakin tegas dalam syarat-syarat penghantaran Pos Express dengan tidak membenarkan buku dihantar melalui kaedah ini bermula 15 Julai 2011 yang lalu.
Kos tambahan adalah merujuk kepada caj terkini yang dikenakan oleh pihak Pos Malaysia dan juga kos pembungkusan yang kami gunakan. Bayaran yang dikenakan kepada semua pembeli adalah bergantung kepada bilangan dan berat buku. Kos ini ditanggung sepenuhnya oleh pihak pembeli. Sila rujuk DI SINI.
https://www.facebook.com/notes/scha-damieya-rose-book/penghantaran/1382676778661392
Proses penghantaran buku akan dilakukan secara berjadual iaitu pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat setiap minggu. Tempahan buku akan diproses dalam masa 24 jam-72 jam Hari Bekerja sebaik sahaja menerimaEmail Pengesahan dan Bukti Pembayaran daripada pembeli. Sila beri tempoh 1-7 Hari Bekerja mengikut jenis penghantaran untuk memastikan buku yang dihantar sampai ke destinasi (Malaysia Sahaja) dan 7-14 Hari Bekerja bagi pembeli luar dari Malaysia
No comments:
Post a Comment